Terma dan Syarat Tempahan Rembayung

*Kandungan halaman ini disalin daripada laman web tempahan Rembayung di sistem UMAI.

Bagi memastikan pengalaman yang selesa dan teratur untuk semua tetamu, kami memohon kerjasama anda untuk mengambil maklum perkara berikut: 

Terma dan Syarat Terkini (17 Mac 2026) 

TERKINI:

🔹 Setiap pelanggan hanya dibenarkan satu tempahan sehari. Tempahan berganda yang dikesan menggunakan nama, nombor telefon, e-mel atau wakil yang sama, berhak dibatalkan tanpa pemulangan deposit bagi memastikan kelancaran operasi dan peluang tempahan yang adil kepada pelanggan lain. 

TAKEAWAY:

🔹 Tetamu yang hadir untuk slot takeaway hanya dibenarkan masuk maksimum 4 orang sahaja dan akan ditunjukkan tempat duduk di mana tempahan takeaway akan diambil. Kemudian tetamu dikehendaki menunggu seketika sementara team dapur menyiapkan tempahan makanan. 

🔹 Deposit RM10 seorang diperlukan bagi mengesahkan tempahan. Deposit ini tidak boleh dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan, namun akan ditolak sepenuhnya daripada jumlah bil pada hari kunjungan. 

🔹Selepas tempahan disahkan, tarikh dan masa tempahan adalah muktamad dan tidak boleh diubah bagi memastikan susunan meja berjalan lancar untuk semua pelanggan. 

🔹 Slot akan disimpan selama 15 minit dari waktu tempahan. Sekiranya kelewatan melebihi tempoh ini, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan deposit tidak akan dikembalikan. 

🔹 Semua pembayaran di Rembayung adalah secara tanpa tunai (cashless). Kami menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit dan QR. 

DINE IN:-

🔹 Tempahan dibuka untuk saiz meja 3 orang hingga 8 orang. Untuk memastikan susunan meja yang tepat dan selesa, semua bayi dan kanak-kanak, tanpa mengira umur, perlu dikira sebagai sebahagian daripada bilangan pax semasa membuat tempahan. 

Nota:
Tetamu yang ingin hadir berseorangan atau berdua boleh memilih saiz meja 3 orang.

🔹 Sekiranya kumpulan anda memerlukan meja di lantai bawah atas faktor seperti penggunaan kerusi roda, kereta sorong bayi atau keperluan kesihatan lain (contohnya bertongkat), sila maklumkan semasa membuat tempahan agar susunan tempat duduk yang sesuai dapat disediakan.

🔹 Deposit RM10 seorang diperlukan bagi mengesahkan tempahan. Deposit ini tidak boleh dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan, namun akan ditolak sepenuhnya daripada jumlah bil pada hari kunjungan.

🔹Selepas tempahan disahkan, tarikh dan masa tempahan adalah muktamad dan tidak boleh diubah bagi memastikan susunan meja berjalan lancar untuk semua pelanggan.

🔹 Meja akan disimpan selama 15 minit dari waktu tempahan. Sekiranya kelewatan melebihi tempoh ini, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan deposit tidak akan dikembalikan.

🔹 Setiap tempahan diperuntukkan masa makan selama 1 jam 45 minit, bermula dari waktu tempahan asal, bagi memastikan kelancaran servis kepada semua tetamu.

🔹 Susunan tempat duduk akhir adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pelan lantai pada hari kunjungan.

🔹 Semua pembayaran di Rembayung adalah secara tanpa tunai (cashless). Kami menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit dan QR.

Terima kasih kerana memilih Rembayung. Kami berbesar hati untuk menyambut kehadiran anda.